Wednesday, January 2, 2013

Telah lama saya tidak menulis mengunakan Bahasa Ibunda saya. Bagaimanakah Penulisan saya dalam Bahasa Melayu?

Saya pernah mengajar kelas corot masa mengajar di sekolah dulu. (1997).

Kedatangan pelajar kelas saya setiap hari hampir 100%.

Ada pelajar yang sudah berminggu-minggu tak datang sekolah, mula datang sekolah semula bila saya mengajar kelas mereka.

Saya mengajar Bahasa Inggeris.

Cikgu-cikgu lain yang mengajar kelas tu hairan bila saya bawa masuk buku latihan kedalam bilik guru.

Kata cikgu-cikgu lain, pelajar kelas itu selalu ponteng kelas, apatah lagi nak buat kerja latihan yang diberikah oleh cikgu.

Ya, mereka buat kerja yang saya bagi semasa dalam kelas dan latihan kerjarumah.

Sedangkan masa kelas lain, hanya 3-4 pelajar sahaja yang tinggal apatah lagi yang buat kerja latihan dalam kelas.

Bila di tanya, mereka jawab hanya kelas saya dan kelas kemahiran hidup di mana mereka menconteng batik yang mereka suka.

Mereka kata, mereka tak faham pun apa yang saya ajar, tapi mereka suka cara saya ajar.

Saya tak marah-marah. Saya tak tenking mereka. Muka saya selalu senyum kata mereka. Dan mereka suka dengar nada suara saya bila saya berkata-kata.

Mereka kata mereka tak perlukan bahasa inggeris kerana mereka tak akan ada keperluan untuk berbahasa inggeris.

Tambah mereka lagi, mereka hanya akan menjejak langkah ayah dan abang-abang mereka menjadi nelayan mencari rezeki di laut.

Apapun, mereka kata mereka seronok belajar bahasa inggeris di dalam kelas saya.

Bila baca pengalaman ustazah yang mengunakan teknik "Mendorong Pelajar Corot Menggunakan Teknik NABI" di dalam mukabuku Puan Ainon Mohd, saya teringat kepada pelajar-pelajar saya masa itu di SMKIF.


Salah seorang dari mereka adalah rakan mukabuku saya sekarang.

2 comments:

nurAzan said...

Biarpun santai dan bersahaja, penuh informasi dan pengajaran. Suka!

UmmAbdrahmaan said...

Terima Kasih kepada Puan Azan yang sudi meninggalkan komen pada blog saya yang tak seberapa ini :)