Thursday, October 31, 2013

Untitled




SKRIP PENGACARAAN MAJLIS
SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN ROYALTI DAN ANUGERAH BUKU UNISZA 2013

10.00 PAGI
31 OKTOBER 2013

TH HOTEL & CONVENTION CENTRE,
KUALA TERENGGANU

ANJURAN
PENERBIT UniSZA


Tentatif Program
Majlis Penyampain Royalti Dan Anugerah Buku 2013


9.30 pagi Ketibaan Jemputan dan
Ketua-ketua PTj
9.45 pagi Ketibaan Naib Canselor
10.00 pagiLagu Negaraku


Bacaan Doa
Ucapan Aluan Pengarah
- Penerbit UniSZA
Ucapan Perasmian -
- Naib Canselor UniSZA
Penyampaian Royalti

Penyampaian Anugerah
Buku
Lagu UniSZA
Sesi Bergambar
Jamuan / Bersurai



1)PRA PENGUMUMAN


(diumumkan 5 Minit Sebelum Pengumuman Ketibaan)


MOHON PERHATIAN!
MOHON PERHATIAN!

Assalamu’alaykom WRT WBT;

Para hadirin yang di hormati sekalian,

Majlis mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan untuk mengambil tempat duduk masing-masing.

Bagi memastikan kelangsungan majlis pada pagi ini,
Majlis memohon kerjasama para hadirin sekalian.

PERTAMA, mohon tuan-tuan dan puan-puan pastikan telefon bimbit berada dalam mod senyap atau dimatikan.

Dan KEDUA, tuan-tuan dan puan-puan dimohon terus berdiri untuk lagu negaraku yang akan dialunkan sejurus selepas ketibaan Yang berbahagia Naib Canselor.

Majlis akan bermula sebentar lagi.
Terima Kasih



2)PENGUMUMAN KETIBAAN *


Mengumumkan ketibaan

YANG BERBAHAGIA
PROF. DR. YAHAYA IBRAHIM,
NAIB CANSELOR,
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

… Dan diiringi oleh … YANG BERUSAHA
PROF. MADYA DR. KAMARUL SYUKRI MAT TEH, Pengarah, Penerbit UniSZA

SERTA pegawai-pegawai pengurusan tertinggi UniSZA.

~PARA HADIRIN DI MOHON BERDIRI.~


***** LAGU NEGARAKU *****


Hadirin dipersilakan duduk.


* Tunggu Cue dari ______ di pintu masuk.


PTM mainkan lagu Negaraku



3)PEMBUKA BICARA


BISMILLAHIRAHMIAANIRRAHIIM,

ASSALAAMU ‘ALAYKOM WRT WBT.

ROBBISROH LI SODRI,
WAYYASSIRLI AMRI,
WAH LUL ‘UKDATAN MIN LISAANI
YAFQOHU QAULI.


Cue: Bila semua VIP & Hadirin duduk




4)PENGHARGAAN PROTOKOL*


Yang Berbahagia - Profesor Dr. Yahaya Ibrahim Naib Canselor
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Yang Berusaha Prof. Dr. Hj. Mohd Ekhwan Hj. Toriman
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UniSZA

Yang Berusaha - Prof. Madya Dr. Nik Wan Omar
Timbalan Naib Canselor, HEPA, UniSZA

Yang Berusaha - Prof. Dr. Kamaruddin Mohd Said
Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Korporat), UniSZA

Yang Berusaha - Encik Nordin Jusoh
Pendaftar UniSZA

Yang Berusaha Puan Hajah Shakimah Endut
Pemangku Bendahari, UniSZA

Yang Berusaha - Prof. Madya Dr. Kamarul Shukri Mat Teh
Pengarah, Penerbit UniSZA

Yang Berusaha Ketua-Ketua PTj,
Para penulis yang di raikan,
Wakil-wakil fakulti

Dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang di hormati sekalian.


* Pastikan dengan urusetia pendaftaran kehadiran terkini VIP


5)KATA ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Jejaran mengkudu berbias kesuma,
Di celah angsana di Bandaraya;
Ucapan Aluan pembuka bicara,
Di dewan Zamrud kita bersua.

Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan yang sekalian ke TH HOTEL and CONVENTION CENTRE, KUALA TERENGGANU.

Alhamdulillah, Bersyukur kita ke Hadrat Allah SWT, Kerana dengan Berkat Limpah Kurnia-Nya yang amat Banyak, Dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini di MAJLIS PENYAMPAIAN ROYALTI DAN ANUGERAH BUKU UNISZA 2013.



6)PENGENALAN


PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN;

Majlis Penyampaian Royalti dan Anugerah Buku 2013 ini merupakan julung-julung kali ia diadakankan. DAN ia akan menjadi majlis dwi tahunan yang bakal mengisi kalendar aktiviti tahunan UniSZA.

Dengan berlangsungnya majlis pagi ini, objektif utama akan tercapai dan semua bayaran royalti tertunggak dapat di sampaikan kepada para penulis. Dengan harapan, agar ia menjadikan insentif kepada para akademik untuk mula atau terus menulis buku dan diterbitkan.





7)BACAAN DO’A


Hadirin Hadirat yang di hormati sekalian;

Bagi memakmurkan majlis pada pagi ini,
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Syahrizal Nasir untuk memimpin bacaan doa.

Majlis mempersilakan;

********

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz atas bacaan doa sebentar tadi.



8)UCAPAN ALUAN


Hadirin Hadirat yang dihormati sekalian;

Dayung sampan dulu-duluan,
Singgah berlabuh di Tanjung Jati;
Ucapan sebagai alu-aluan,
Mari tuan sama-sama amati.


Majlis di teruskan dengan Ucapan Aluan oleh Pengarah, Penerbit UniSZA.

Untuk itu, majlis mempersilakan
Yang Berusaha - Prof. Madya Dr. Kamarul Syukri Mat Teh untuk menyampaikan kata Aluan.
Dipersilakan.

*****


Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Pengarah, Penerbit UniSZA, atas ucapan aluan beliau sebentar tadi.



9)UCAPAN PERASMIAN


Hadirin dan hadirat sekalian;

Daun semulur di pekan Sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur hajat beri,
Mohon tuan sampaikan Kata perasmi.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan
Yang Berbahagia - Profesor Dr. Yahya bin Ibrahim,
Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin
untuk menyampaikan ucapan perasmian.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

******

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia - Naib Canselor UniSZA atas Ucapan Perasmian beliau tadi.

Antara inti pati ucapan Yang Berbahagia Professor Naib Canselor yang berjaya dikutip ialah seruan agar warga akademik UniSZA menggunakan peluang dan ruang yang disediakan oleh pihak universiti untuk tingkatkan kemahiran dalam menghasilkan penerbitan ilmiah kerana ianya memberi faedah kepada perkembangan kerjaya dan juga memberikan impak positif dalam usaha memrtabatkan nama UniSZA.



10)PENYAMPAIAN ROYALTI


Para Hadirin Yang Di Hormati Sekalian;
Acara yang dinanti-nantikan sudah tiba;

Acara di teruskan dengan penyampaian Royalti dan Anugerah Buku UniSZA 2013.

Untuk makluman para hadirin, sebanyak 13 judul buku layak untuk menerima royalti terkumpul sejak tahun 2006 sehingga akhir bulan September 2013.

Tiga buah buku diberi anugerah khas iaitu Anugerah Royalti Tertinggi. Anugerah tersebut diberikan kepada buku yang berjaya mendapat kutipan jumlah royalti tertinggi.

Untuk menyempurnakan acara ini, Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Prof Dr Yahaya Ibrahim, Naib Canselor UniSZA dengan diiringi oleh Yang Berusaha Prof. Madya Dr Kamarul Syukri Mat Teh, Pengarah, Penerbit UniSZA, untuk menyampaikan Royalti dan Anugerah Buku UniSZA 2013 kepada para penerima.

********
Bagi Penyampaian Royalti, penerima pertama ialah buku berjudul ____________________
Dan penulis-penulisnya adalah ___________
Di persilakan _________________________ untuk menerima Royalti.

Seterusnya, Penerima kedua, buku berjudul ____________, dan penulisnya (penulis-penulisnya) adalah ___________________ dipersilakan ____________________ untuk menerima Royalti.

**** RUJUK KEPADA SENARAI NAMA ****



11)PENYAMPAIAN ANUGERAH BUKU


Tiga Penerima seterusnya adalah merupakan penerima anugerah khas iaitu Anugerah Royalti Tertinggi 2013.

Untuk makluman para hadirin, selain royalti, penerima anugerah Royalti Tertinggi juga menerima hadiah iringan yang berupa sijil dan plak.

*****

Tempat KETIGA, Anugerah Royalti Tertinggi 2013 di anugerahkan kepada buku berjudul ………....................................………….…………
Dan penulis-penulisnya adalah .......................

Dipersilakan penulis-penulisnya untuk tampil ke depan untuk menerima anugerah.
*****

Seterusnya;
Tempat KEDUA, Anugerah Royalti Tertinggi 2013 di anugerahkan kepada buku yang berjudul …………………….........................…
Dan penulisnya adalah …….....................….

Dipersilakan penulisnya untuk tampil ke depan untuk menerima anugerah.
*****

Dan;
Tempat PERTAMA, Anugerah Royalti Tertinggi 2013 di anugerahkan kepada buku berjudul ……...................………………………
Dan penulis-penulisnya adalah …………….

Dipersilakan penulis-penulisnya untuk tampil kedepan untuk menerima anugerah.
******



12)PENYAMPAIAN CENDERAHATI


Hadirin Hadirat Sekalian;

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Kamarul Syukri Mat Teh, Pengarah, Penerbit UniSZA, selaku penganjur untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Prof. Dr. Yahaya Ibrahim, Naib Canselor UniSZA.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan ….

***********
Demikianlah adat kehidupan,
Orang berbudi kita berbahasa.
Tidak mungkin terbalas budi,
Walau emas sebungkus diberi.
Cuma harapan di dalam dada,
Tanda mata sudi di terima,
Tanda ingatan Moga kekal selama.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Yang Berbahagia - Prof. Dr. Yahaya Ibrahim, Naib Canselor UniSZA atas penyempurnaan Penyampaian Royalti dan Anugerah Buku UniSZA 2013 itu tadi.

Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang berusaha - Prof. Madya Dr. Kamarul Syukri atas kesudian beliau menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia - Prof. Naib Canselor.

Sekalong tahniah kepada semua penerima Royalti dan Anugerah Buku UniSZA 2013.
**********



13)PESANAN PENAJA


Hadirin hadirat yang dihormati sekalian;

Sebelum majlis pagi ini berakhir, di sini ada dua pesanan dari penganjur;

Pertama;
Mohon semua penerima royalti dan anugerah buku 2013 untuk bergambar bersama pengurusan tertinggi UniSZA di hadapan sebaik tamat majlis pagi ini. Kemudiannya , semua hadirin dijemput untuk sesi bergambar beramai-ramai yang akan di adakan di di tangga ruang lobi.

Kedua;
Para hadirin dijemput ke majlis makan tengah hari yang disediakan di Restoran Lagenda di tingkat bawah.



15)PENUTUP


Majlis kita sudah sampai ke pengakhirnya;

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan tahniah kepada Penerima Royalti dan Anugerah Buku UniSZA 2013 serta ucapan penghargaan dan terima kasih atas kehadiran semua.

Banyak keluk ke Penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Dari saya,
Pengacara majlis pada pagi ini
Mahani Mohamad nama diberi
Pensyarah Bahasa Inggeris tugas hakiki
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.


***************************************
~ Para hadirin dimohon berdiri untuk menyanyikan lagu unisza ~
***************************************


WASSALAMU’ALAYKOM WRT WBT.


Disediakan Oleh:

Puan Hajah Mahani Binti Mohamad.
Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Sultan Zainal Abidin,
Gong Badak Campus,
Kuala Terengganu,
Terengganu.

31st October 2013.

1 comment:

Cekyam Md.Iliyas said...

Assalamualaikum & Good day. Hi Mdm Mahani. I'd like to thank you for all the inspiring ideas for emceeing in your blog. How do I credit you when I am using your emcee scripts as my reference?